AZIZULHASNI mara ke separuh akhir bersama-sama Wakimoto, Browne dan Glaetzer. FOTO Bernama
AZIZULHASNI mara ke separuh akhir bersama-sama Wakimoto, Browne dan Glaetzer. FOTO Bernama
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Misi pelumba negara Datuk Azizulhasni Awang untuk melayakkan diri ke separuh akhir berjaya apabila menamatkan perlumbaan di tempat kedua saringan ketiga peringkat suku akhir sebentar tadi.

Dalam saingan suku akhir ini, empat pelumba terbaik akan mara ke separuh akhir yang akan berlangsung selepas ini.

Pada saringan itu, pelumba tuan rumah, Yuta Wakimoto muncul juara manakala dua lagi pelumba yang turut layak ke separuh akhir adalah pelumba Trinidad and Tobago, Kwesi Browne dan Matthew Glaetzer dari Australia yang masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat.

Pada aksi separuh akhir, Azizul akan turun pada saringan kedua dan akan bersaing bersama juara dunia, Harrie Lavreysen (Belanda), Rayan Helal (Perancis), Maximilian Levy (Jerman), Yuta Wakimoto (Jepun) dan Nicholas Paul (Trinidad and Tobago).

Untuk layak ke peringkat akhir, Azizul hanya perlu menamatkan perlumbaan di kelompok tiga terbaik.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Ogos 2021 @ 9:54 AM