AZIZULHASNI (kanan) berjaya memperbaiki rekod kebangsaan dan Asia dalam acara pecut 200m di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di The Velodrom, Berlin, Jerman. FOTO AFP
AZIZULHASNI (kanan) berjaya memperbaiki rekod kebangsaan dan Asia dalam acara pecut 200m di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di The Velodrom, Berlin, Jerman. FOTO AFP
Aida Adilah Mat


REKOD kebangsaan acara pecut 200 meter (m) yang dicatatkan oleh pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom hanya bertahan lima minit sebelum dipecahkan oleh atlet berprofil tinggi negara, Azizulhasni Awang di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di The Velodrom, Berlin, Jerman, hari ini.

Pada aksi kelayakan itu, atlet kelahiran Johor itu merekodkan 9.609 saat (s) yang menjadi rekod kebangsaan dan juga Asia sebelum Azizul mencatatkan masa lebih memberangsangkan iaitu 9.548s.

Bagaimanapun kemampuan Shah Firdaus itu memberi petanda positif buat dirinya yang dalam usaha memburu tiket ke Olimpik, Tokyo Julai ini dan keserasian bersama ‘jentera’ baru yang digunakan barisan pelumba negara, WXR Vorteq.

Azizul yang sebelum ini meraih gangsa dalam acara keirin bagaimanapun tewas 2-0 di separuh akhir kepada pelumba Belanda, Harrie Lavreysen.

Lavreysen dilihat berada prestasi terbaik apabila menjadi pelumba yang mencatatkan masa terpantas dalam saingan 200m di kejohanan dunia kali ini iaitu 9.253s ketika sesi kelayakan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mac 2020 @ 8:33 PM