Pemain Kanada, Denis Shapovalov ketika beraksi pada final Terbuka Geneva. FOTO Agensi
Pemain Kanada, Denis Shapovalov ketika beraksi pada final Terbuka Geneva. FOTO Agensi
AFP

Paris: Pemain Kanada dan ranking 15 dunia, Denis Shapovalov menarik diri daripada saingan di Roland Garros berikutan mengalami kecederaan bahu.

"Saya sangat kecewa untuk berkongsi bahawa selepas berbincang dengan pasukan perubatan saya terpaksa mengambil keputusan sukar untuk menarik diri daripada saingan di Roland Garros." catat pemain berusia 22 tahun itu di Instagram.

"Malangnya, bahu saya sering membuatkan rasa tidak selesa sejak beberapa minggu lalu dan ketika semua ujian perubatan kelihatan bagus, adalah lebih baik dan selamat jika dapat pulih sepenuhnya dengan memanjangkan tempoh rehat."

Shapovalov muncul naib juara selepas tewas kepada Casper Ruud pada aksi final di Geneva, kelmarin.

Di Rome Masters minggu lalu, dia memperoleh dua mata dalam pusingan ketiga berdepan Rafael Nadal sebelum juara 13 kali Roland Garros itu berjaya memenangi perlawanan.

Aksi terbaik Shapovalov di Grand Slam adalah mara ke suku akhir Terbuka Amerika Syarikat tahun lalu, selain melepasi pusingan kedua di Paris.

Dia berada dalam senarai pemain ternama yang menarik diri pada aksi Roland Garros, yang dijadualkan bermula Ahad minggu depan selepas bekas juara Stan Wawrinka dan Simona Halep berbuat demikian.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Mei 2021 @ 11:35 AM