MALAYSIA diundi dalam Kumpulan C bersama New Zealand, Chile dan juara tiga kali, Belanda. FOTO Ihsan Facebook Anwar Ibrahim
MALAYSIA diundi dalam Kumpulan C bersama New Zealand, Chile dan juara tiga kali, Belanda. FOTO Ihsan Facebook Anwar Ibrahim
Zulkarnain Azman


Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat berjuang kepada skuad hoki negara yang akan memulakan aksi Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar dan Rourkela, India petang ini.

Dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya, Anwar yakin dan percaya pasukan kendalian A Arul Selvaraj itu yang akan memulakan aksi Kumpulan C dengan bertemu Belanda petang ini, mampu mempamerkan aksi terbaik sekali gus mencipta kejutan.

"Saya dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan buat Speedy Tigers. Semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang kejohanan berlangsung. Harumkan nama negara di pentas dunia!" katanya.

Di saingan Piala Dunia kali ini, Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama New Zealand, Chile dan juara tiga kali, Belanda.

Skuad negara akan menghadapi dua aksi peringkat kumpulan di Stadium Hoki Birsa Munda, Rourkela menentang Belanda petang ini dan Chile (16 Januari) sebelum bertemu New Zealand di Bhubaneswar pada 19 Januari.

Pencapaian terbaik Malaysian Tigers di Piala Dunia adalah tempat keempat di laman sendiri pada 1975, manakala edisi terakhir empat tahun lalu di India menyaksikan skuad negara sekadar di kedudukan ke-15.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 January 2023 @ 3:53 PM