FAIZAL dan Fitri bersama ayah mereka, Saari ketika hayatnya. FOTO FB Saari Pomen
FAIZAL dan Fitri bersama ayah mereka, Saari ketika hayatnya. FOTO FB Saari Pomen
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Bapa kepada jaguh hoki negara, Faizal dan Fitri Saari meninggal dunia pada jam 11.15 pagi tadi selepas menderita penyakit strok otak.

Berita sedih itu dimaklumkan oleh keluarga mereka melalui satu entri di laman sosial, Facebook sebentar tadi.

Saari Zakaria atau lebih dikenali sebagai Saari Pomen sentiasa memberi sokongan padu buat Faizal dan Fitri yang menjadi tonggak dalam skuad hoki negara.

"Assalamualaikum. Saya anak kepada Saari Zakaria, minta sedekahkan Al Fatihah kepada arwah abah saya. Arwah menghembuskan nafas terakhir pada 28.6.2021 pukul 11.15 pagi. Kalau arwah abah saya ada hutang minta halal atau boleh WhatApss di 0142118010 atau datang ke rumah saya," jelas satu entri di akaun Saari Pomen.

Sementara itu, Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Dr S Shamala berkata, mengucapkan takziah kepada keluarga arwah.

"Encik Saari adalah ahli istimewa dalam keluarga hoki dan meninggalkan kita semua hari ini. Arwah seorang bapa yang dedikasi kepada Faizal dan Fitri. Seorang yang menyokong sukan hoki di dalam negara kita. Ia satu kehilangan besar buat kita semua," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Jun 2021 @ 2:00 PM