NAFUZI ingatkan pemainnya tidak leka ketika menentang Penang FC. FOTO KDA FC
NAFUZI ingatkan pemainnya tidak leka ketika menentang Penang FC. FOTO KDA FC
Izzali Ismail

Alor Setar: Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain mengingkatkan pemain supaya mengekalkan momentum diperlukan untuk sekali lagi berdepan Penang FC pada saingan suku akhir Piala FA di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, esok.

Nafuzi berkata, cabaran kali ini dilihat berbeza kerana kedua-dua pasukan sudah mengetahui kelebihan dan kelemahan masing-masing selepas pertembungan dalam aksi Liga Super yang menyaksikan mereka meraih kemenangan 1-0 ke atas Penang FC, minggu lalu.

"Pemain perlu elak sebarang kelekaan selepas kemenangan itu dan kembali fokus untuk saingan berbeza Piala FA yang akan berlangsung sekali lagi di tempat lawan.

"Ini kerana kami mahukan keputusan positif dan cuba elak dibolosi dalam mencari bekalan untuk dibawa pulang ke Kedah bagi aksi kedua Piala FA di laman sendiri," katanya selepas tamat latihan di Stadium Sultan Abdul Halim semalam.

Nafuzi juga berkata, dia bagaimanapun sedar aksi menentang Penang FC ini tidak mudah memandangkan skuad kendalian Akmal Rizal dilengkapi dengan kekuatan pertahanan dan memiliki kawalan permainan yang baik.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Jun 2024 @ 2:16 PM