NAFUZI gesa pasukan raih tiga mata pertama Sabtu ini.
NAFUZI gesa pasukan raih tiga mata pertama Sabtu ini.
Izzali Ismail


Alor Setar : Pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Nafuzi Zain menyeru skuadnya bangkit memburu tiga mata pertama pada aksi Liga Super menentang Penang FC pada di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada Sabtu ini.

Menurutnya, dua kekalahan lalu di tangan Selangor FC dan Perak FC memberi pengajaran berharga menyebabkan mereka kini di tangga ke-11 tanpa sebarang mata selepas menjalani hukuman penolakan tiga mata diawal musim.

"Selepas mara ke suku akhir Piala FA , fokus kami kini beralih untuk kembali bangkit memburu kemenangan di tempat lawan pada saingan Liga Super.

"Menentang Penang FC yang kita tahu moral dan semangat mereka tinggi selepas menang keatas Sri Pahang. Namun kami bersedia dan mahu bangkit dengan kekuatan yang ada," katanya sebaik tamat latihan petang di Stadium Sultan Abdul Halim semalam.

Nafuzi juga berkata kekuatan di jentera serangan seperti dipamerkan Milos Gordic dan Ebenezer Assifuah pada aksi Piala FA lalu memberi inspirasi buat Sang Kenari meneruskan misi memburu tiga mata di Stadium Bandaraya.

"Kehadiran semula penyerang Syafiq Ahmad selepas pulih dari kecederaan hamstring dan terlepas aksi menentang Bukit Tambun FC pada aksi Piala FA lalu juga dijangka membantu memperkuatkan lagi jentera serangan pasukan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Jun 2024 @ 2:09 PM