KANAK-KANAK lelaki menceroboh padang  untuk berswafito dengan Ronaldo. FOTO AFP
KANAK-KANAK lelaki menceroboh padang untuk berswafito dengan Ronaldo. FOTO AFP
Agensi

Dortmund: Budak lelaki yang mengambil risiko menceroboh padang ketika perlawanan Portugal dengan Turkiye dan mengambil gambar Cristiano Ronaldo dilepaskan dengan amaran, kata bapanya kepada media Jerman.

Kemenangan 3-0 diraih Portugal ke atas Turkiye pada perlawanan Kumpulan F itu, Ahad lalu terganggu apabila lima penonton termasuk Berat, 10, menceroboh masuk ke padang ketika perlawanan.

Ketika rehat pada babak kedua perlawanan, kanak-kanak itu yang memakai pakaian sukan merah bagi kelab liga remajanya masuk ke padang dan meluru ke arah Ronaldo.

Pemenang anugerah Ballon d'Or sebanyak lima kali itu meraikan kehadirannya apabila memeluknya sebelum Berat mengeluarkan telefon bimbit dengan berswafoto dengan kapten Portugal itu.

Dia kemudian melarikan dengan secara zig zag melepasi dua pengawal keselamatan yang disambut dengan tepukan gemuruh 60,000 penonton di stadium.

Walaupun ditangkap, dia menerima tepukan gemuruh ketika diiringi keluar padang.

Berat yang bermain untuk KSV Hessen di bandar kelahirannya, Kassel, kira-kira 160 kilometer (km) dari Dortmund, memberitahu akhbar Bild betapa dia teruja dapat bersama dengan heronya di padang walaupun hanya dalam masa singkat sahaja.

"Ia menjadikan mimpi saya menjadi kenyataan. Kini saya ada gambar dengan Cristiano Ronaldo," kata Berat.

Berat berkata, dia memberitahu kepada rakannya mengenai hasratnya itu sebelum perlawanan.

"Tetapi, tiada siapa percaya saya akhirnya melakukannya," katanya.

Berat berkata, ketika mahu melaksanakan perancangan itu, dia memberitahu bapanya yang berada di tempat duduk, bahawa dia mahu ke tandas.

"Tiba-tiba, saya lihat dia berada di bumbung pemain simpanan dan kemudian dia mula berlari," kata bapa Berat iaitu Cetin kepada Bild.

Walaupun dia sepatutnya berdepan hukuman berat, Berat akhirnya dibebaskan dengan amaran oleh Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA).

"UEFA seolah-olah menutup mata kerana dia masih kecil," kata Cetin.

Ditanya sama ada dia akan melakukan tindakan sama sekali lagi, Berat menegaskan ia hanyalah sekali saja.

"Saya sangat takut kami perlu membayar jumlah wang yang banyak," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Jun 2024 @ 7:03 PM