PEMINAT kanaka-kanak berswafoto dengan Ronaldo. FOTO Reuters
PEMINAT kanaka-kanak berswafoto dengan Ronaldo. FOTO Reuters
AFP

Dortmund: Seorang peminat kanak-kanak berlari ke dalam padang semasa perlawanan Euro antara Turkiye dan Portugal dan berswafoto dengan Cristiano Ronaldo di bulatan tengah.

Peminat itu, yang memakai baju sukan merah, mengelak staf keselamatan ketika dia muncul dari tempat duduk di belakang bangku simpanan pada pertengahan separuh masa kedua permainan di Dortmund dan menuju ke arah kapten Portugal itu.

Portugal mendahului 3-0 dalam perlawanan Kumpulan F pada masa itu, dan Ronaldo tersenyum untuk berswafoto sebelum penceroboh padang itu melarikan diri mengelak daripada ditangkap staf keselamatan.

Mereka akhirnya mengejar dan mengiringinya keluar sebelum mendapat tepukan daripada penonton.

Tidak lama selepas itu, seorang lagi peminat remaja cuba meniru penceroboh padang pertama tetapi kali ini Ronaldo rasa seperti merimaskan dengan mengangkat tangannya kerana kecewa dan tidak bersetuju dengan swafoto kali kedua.

Remaja itu kemudiannya diserang dengan kasar agar menjauhi bintang berkenaan dan keluar dari kawasan permainan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Jun 2024 @ 4:59 AM