SEORANG peminat cuba berswafoto dengan Ronaldo. FOTO AFP
SEORANG peminat cuba berswafoto dengan Ronaldo. FOTO AFP
AFP

Berlin: Kesatuan Bolasepak Eropah (Uefa) akan meningkatkan keselamatan semasa baki Euro 2024 selepas beberapa penceroboh padang cuba mengambil gambar swafoto dengan penyerang bintang Portugal, Cristiano Ronaldo.

Penyerang berusia 39 tahun itu bergambar dengan seorang budak lelaki semasa kemenangan 3-0 ke atas Turki dalam Kumpulan F di Dortmund, tetapi semakin berang apabila sekurang-kurangnya lima lagi peminat cuba melakukan perkara yang sama.

"Keselamatan di stadium, di padang dan di kemudahan pasukan adalah keutamaan utama untuk Uefa," badan induk bola sepak Eropah itu memberitahu AFP.

"Untuk tujuan ini, langkah-langkah keselamatan tambahan akan digunakan di stadium untuk memenuhi keperluan kejohanan, dan mengelakkan kejadian seperti itu berulang."

Seorang pengawal keselamatan merempuh penyerang Paris Saint Germain, Goncalo Ramos ketika cuba menghalang penceroboh padang yang menghampiri Ronaldo.

Jurulatih Portugal, Roberto Martinez berkata, nasib baik kerana penyokong yang berlari ke padang hanya cuba mengambil gambar.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Jun 2024 @ 4:11 AM