INSIDEN berswafoto dengan Ronaldo buka mata Uefa. FOTO AFP
INSIDEN berswafoto dengan Ronaldo buka mata Uefa. FOTO AFP
Reuters

Gelsenkirchen: Semua mata tertumpu kepada Cristiano Ronaldo dalam perlawanan Euro 2024 menentang Georgia Khamis ini selepas penceroboh padang memburu swafoto.

Perlawanan terakhir Portugal menimbulkan kebimbangan keselamatan dan memaksa Kesatuan Bolasepak Eropah (Uefa) memperkenalkan langkah lebih ketat untuk melindungi pemain.

Kemenangan 3-0 Portugal ke atas Turkiye dicemari oleh sekurang-kurangnya enam penyokong yang menceroboh padang terdesak untuk bergambar dengan Ronaldo semasa dan selepas perlawanan di Dortmund.

Keputusan itu memastikan Portugal layak ke pusingan 16 terakhir sebagai juara Kumpulan F manakala Georgia memerlukan kemenangan untuk mara ke peringkat kalah mati.

"Keselamatan di stadium, di padang dan di kemudahan pasukan adalah keutamaan utama untuk Uefa, DFB (Persatuan Bola Sepak Jerman) dan Euro 2024," kata Uefa dalam satu kenyataan.

"Untuk tujuan ini, langkah-langkah keselamatan tambahan akan digunakan di stadium memenuhi keperluan kejohanan, dan mengelakkan kejadian seperti itu. Atas sebab keselamatan, kami tidak boleh mengulas lanjut mengenai langkah-langkah tertentu.

"Sebarang pencerobohan ke dalam padang adalah pelanggaran peraturan stadium dan akan mengakibatkan penyingkiran dari stadium, larangan daripada semua perlawanan kejohanan dan pemfailan aduan jenayah rasmi untuk pencerobohan."

Walaupun penceroboh nampaknya hanya mahukan bergambar, jurulatih Portugal, Robert Martinez menyatakan ketakutan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Jun 2024 @ 9:51 PM