SEKURANG-KURANGNYA lima penonton berjaya memasuki padang ketika perlawanan Portugal bertemu Turkiye. -FOTO Reuters
SEKURANG-KURANGNYA lima penonton berjaya memasuki padang ketika perlawanan Portugal bertemu Turkiye. -FOTO Reuters
ANTARA penonton yang berjaya memasuki padang untuk bergambar dengan Ronaldo. -FOTO AFP
ANTARA penonton yang berjaya memasuki padang untuk bergambar dengan Ronaldo. -FOTO AFP
SEORANG kanak-kanak berjaya mencerobohi padang untuk bergambar dengan Ronaldo. -FOTO AFP
SEORANG kanak-kanak berjaya mencerobohi padang untuk bergambar dengan Ronaldo. -FOTO AFP
AFP

Dortmund, Jerman: Jurulatih Portugal, Roberto Martinez, berkata mereka bernasib baik kerana tiada peminat yang meluru masuk ke padang ketika pasukannya menentang Turkiye mempunyai niat jahat, selepas beberapa penyokong berlari masuk untuk bergambar dengan Cristiano Ronaldo.

Perlawanan Kumpulan F di Dortmund, yang dimenangi Portugal 3-0, terganggu beberapa kali pada separuh masa kedua apabila beberapa penyokong menceroboh ke dalam padang melarikan diri dari kawalan keselamatan dalam percubaan untuk mengambil gambar dengan bintang Protugal berusia 39 tahun itu.

Peminat pertama, seorang budak lelaki memakai baju sukan berwarna merah, muncul dari tempat duduk di belakang bangku simpanan pada pertengahan babak kedua dan menuju ke arah kapten Portugal itu.

Ronaldo bergambar sambil tersenyum sebelum penceroboh padang itu melarikan daripada ditangkap pengawal keselamatan.

Sekurang-kurangnya lima penyokong lain berjaya masuk ke padang cuba melakukan aksi yang sama, sama ada semasa perlawanan atau selepas wisel penamat, tetapi Ronaldo semakin gusar dengan perhatian yang tidak diingini itu.

"Ia membimbangkan kerana hari ini kami bernasib baik kerana penyokong tidak berniat jahat.

"Saya rasa kita semua suka peminat yang mengiktiraf bintang besar yang menjadi ikon di negara mereka.

"Saya fikir kita semua bersetuju dengan itu, tetapi anda boleh memahami bahawa ia adalah saat yang sangat sukar jika niat itu salah.

"Kemudian pemain terdedah kepada bahaya dan kami perlu berhati-hati dengan itu. Mungkin tahap keselamatan yang longgar dan saya rasa ia tidak sepatutnya berlaku," kata Martinez selepas Portugal mengesahkan tempat ke pusingan 16 terakhir.

Martinez, bekas ketua jurulatih Belgium dari Sepanyol, menambah, "Mungkin kita sepatutnya memberikan mesej kepada peminat bahawa ini bukan cara yang betul."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Jun 2024 @ 7:55 AM