BARISAN pemain bawah 16 tahun negara melakar kemenangan pertama. FOTO FAM
BARISAN pemain bawah 16 tahun negara melakar kemenangan pertama. FOTO FAM
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Pengendali skuad bawah 16 tahun (B-16) negara, Javier Ribera mengakui perlawanan menentang Timor Leste adalah medium terbaik dalam usaha memperbaiki kelemahan sebelum bertemu Australia, Rabu ini.

Beliau berkata, banyak kelemahan perlu diperbaiki terutamanya dalam usaha untuk mempertajamkan lagi penyudah bagi mencari gol pada perlawanan akan datang.

Katanya, secara keseluruhan barisan pemain muda negara itu mempamerkan aksi terbaik dengan mampu mengawal perlawanan sekali gus memenangi perlawanan dengan jaringan besar.

"Kita menghormati pasukan lawan namun barisan pemain gagal menterjemahkan setiap peluang kepada gol.

"Separuh masa kedua, kita tampil lebih baik dengan memperbaiki corak permainan untuk mencari lebih banyak gol untuk pasukan," katanya.

Sebelum itu, pasukan ubi muda negara melaungkan amaran di pentas saingan AFF B-16 apabila membelasah Timor Leste 5-0 dalam aksi pertama kumpulan C.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sriwedari, Surakarta, Indonesia itu, menyaksikan pemain muda negara beraksi cemerlang dengan menguasai hampir keseluruhan perlawanan.

Gol dijaringkan Izzuddin Afif, Fahmi Farizamal dan Arrayan Hakeem manakala Awal Wafiy Ahmad Syukri menyumbang dua jaringan untuk negara.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Jun 2024 @ 3:08 PM