PEMAIN B-16 negara, Muhammad Amar Imran Uzaini Ashadi. -FOTO X
PEMAIN B-16 negara, Muhammad Amar Imran Uzaini Ashadi. -FOTO X
Oleh Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Barisan pemain skuad bawah 16 (B-16) tahun negara sememangnya menyedari bukan mudah untuk mengetuk pintu Piala Dunia B-17, begitupun ia juga bukanlah perkara yang mustahil.

Ia ditegaskan pemain B-16 negara, Muhammad Amar Imran Uzaini Ashadi yang akui tidak mustahil untuk melihat pasukannya beraksi di Piala Dunia B-17 pada tahun hadapan di Doha, Qatar.

Katanya, setiap pemain bola sepak mempunyai impian dan cita-cita beraksi di Piala Dunia dan dia menegaskan hasil kerja keras selama ini hasrat itu boleh dicapai.

"Sudah semestinya kami ingin dapatkan tempat itu (layak ke Piala Dunia B-17) dan kami tahu perjalanan itu agak susah tapi tidak mustahil untuk kita mencapai.

"Kalau kami terus beri komitmen tinggi dan berusaha insyaAllah kami boleh sampai ke Piala Dunia B-17 tahun depan," katanya yang akan turun beraksi menentang Timor Leste dalam aksi pertama Kumpulan C saingan AFF B-16 di Stadium Sriwedari, Surakarta di Indonesia, esok.

Untuk layak ke Piala Dunia B-17 tahun depan, skuad Harimau Cilik negara perlu terlebih dulu layak beraksi di Piala Asia B-17 di Arab Saudi April ini, dengan lapan pasukan terbaik di saingan itu akan meraih tiket ke Piala Dunia B-17 di Qatar yang dijangka pada hujung tahun.

Sebelum layak ke Piala Asia B-17, pasukan negara akan mengharungi pusingan kelayakan terlebih dulu di mana Malaysia diletakkan dalam Kumpulan H bersama Emiriah Arab Bersatu (UAE), Lubnan dan tuan rumah Laos yang akan berlangsung 23 Oktober ini.

Dalam perkembangan sama, Amar akui dia dan rakan sepasukan lain tiada masalah untuk mendapatkan keserasian dan menyesuaikan diri dengan taktikal yang diterapkan oleh ketua jurulatih, Jorda Ribera.

Ini kerana katanya, separuh pemain dalam skuad negara adalah pemain dari Akademi Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

"Bagi kami tiada masalah untuk bermain di bawah jurulatih ini sebab taktikalnya lebih kurang seperti di Akademi JDT, dan pemain dari AMD juga saya rasa tiada masalah kerana semua tahu apa yang jurulatih mahu jadi kami tiada masalah untuk terjemahkan taktikalnya," katanya.

"Walaupun pada separuh masa pertama tidak banyak gerakan menarik dan percubaan tepat ke arah gawang lawan dapat dilakukan tapi sebenarnya pemain saya sedang berusaha mencari kelemahan lawan.

"Namun, dalam pada itu kita berjaya mendapatkan gol pada tempoh berkenaan.

"Pada separuh masa kedua, pemain mula fokus kepada sasaran untuk menewaskan lawan dan ia ternyata berhasil" katanya selepas perlawanan malam tadi.

KL City membuka tirai jaringan menerusi Brendan Gan pada minit ke-28, disusuli gol kedua oleh Poulo Josue (minit ke-73) dan S Sharvin pada minit ke-90.

Miroslav menegaskan bahawa prestasi terbaik yang dipamerkan anak buahnya itu adalah juga hasil latihan komprehensif yang dilakukannya.

Berikutan kemenangan itu, KL City kini menghuni tangga kelima carta liga selepas mengumpul empat mata.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Jun 2024 @ 1:56 PM