JOTA (kiri) sedia bantu Portugal ketika waktu getir. FOTO AFP
JOTA (kiri) sedia bantu Portugal ketika waktu getir. FOTO AFP
AFP

Harsewinkel: Penyerang Portugal, Diogo Jota berkata dia merasakan boleh membuat perubahan untuk negaranya dalam detik-detik penting di Euro 2024, walaupun tidak bermain penuh dalam tempoh empat bulan.

Kali terakhir penyerang Liverpool itu bermain 90 minit dalam perlawanan ketika pasukan kelabnya menang 3-1 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) ke atas Burnley pada Februari lalu, tetapi mengalami kecederaan lutut dalam perlawanan itu.

Jota mempunyai gol yang dibatalkan ketika masuk sebagai pemain gantian dalam kemenangan pembukaan Kumpulan F 2-1 Portugal ke atas Republik Czech.

Pemain berusia 27 tahun itu mengakui berhak untuk beraksi di kejohanan di Jerman bersama juara 2016, menjelang pertembungan mereka menentang Turki Ahad ini.

"Gol menentukan perlawanan dan kami bekerja keras untuk itu. Saya rasa saya mempunyai keupayaan untuk berada pada masa yang sesuai," kata Jota kepada pemberita.

"Saya tahu bahawa saya bekerja keras sejak kecederaan terakhir saya untuk berada dalam bentuk fizikal terbaik... Saya rasa mampu bermain. Saya tidak boleh menjamin ia akan bertahan 90 atau 120 minit, tetapi saya rasa cukup bagus untuk bermain dan itu perkara paling penting bagi saya."

Jota berkata bekas jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp menghantar mesej kepadanya selepas melihat golnya yang tidak dibenarkan menentang Czech.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Jun 2024 @ 1:53 AM