JOTA diberikan rawatan sebelum diusung keluar ketika menentang Brentford.
JOTA diberikan rawatan sebelum diusung keluar ketika menentang Brentford.
Agensi

London: Pengurus Liverpool Jurgen Klopp berkata, dia tidak dapat memberikan jangka masa untuk pemulihan kecederaan Diogo Jota tetapi menegaskan penyerangnya itu bakal tersisih beberapa bulan.

Jota diusung keluar pada babak pertama ketika Reds menewaskan Brentfor Sabtu lalu selepas berlaga dengan Christian Norgaard.

"Ia akan mengambil masa berbulan-bulan (bukan minggu),: kata Klopp. "Saya tak dapat berikan jangka masa walaupun saya boleh katakan. Itulah situasinya. Apabila anda tidak mempunyai pemain ini, tiada guna buat andaian."

Kecederaan Jota menambahkan keresahan Liverpool yang bergantung kepada pemain Portugal itu susulan ketiadaan Mohamed Salah. Dalam 28 penampilan semua kejohanan musim ini, pemain berusia 27 tahun itu menyumbang 18 gol dan mencipta bantuan jaringan.

Jota akan menyertai Trent Alexander-Arnold dalam senarai pemain yang terpaksa melupakan aksi final Piala Liga menentang Chelsea pada 25 Februari.

Curtis Jones turut belum dapat dipastikan kelibatnya di Wembley selepas dikeluarkan pada awal babak pertama ketika menentang Brentford.

Klopp mengesahkan pemain tengah itu mengalami masalah ligamen dan tersisih aksi Liga Perdana Inggeris menentang Luton awal pagi esok.

Alisson turut tidak dapat berkunjung ke Luton dengan Klopp berkata penjaga gol nombor satu Brazil itu mungkin terlepas beberapa perlawanan akibat kecederaan otot.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Februari 2024 @ 9:55 PM