PENYERANG Serbia, Aleksandar Mitrovic. FOTO Agensi
PENYERANG Serbia, Aleksandar Mitrovic. FOTO Agensi
AFP

Gelsenkirchen, Jerman: Penyerang Serbia, Aleksandar Mitrovic sedia 'memalukan' England apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi Kumpulan C saingan Euro 2024, Isnin ini.

Mitrovic yang cukup menyerlah dalam saingan Liga Pro Saudi bersama Al-Hilal dianggap antara tonggak import terbaik di Arab Saudi selain Cristiano Ronaldo dan Karim Benzima.

Pemain berusia 29 tahun itu menjaringkan 40 gol dalam 43 perlawanan dan menyifatkan kerjayanya masih panjang di Timur Tengah.

"Setakat ini, saya rasa terbaik yang pernah saya rasa dalam hidup saya secara fizikal dan mental," katanya yang menghabiskan hampir lapan tahun beraksi di saingan Liga Perdana Inggeris sebelum ini.

"Saya bermain lebih banyak perlawanan daripada yang biasa saya main di Fulham dan di sini saya bermain dalam pasukan terbaik dan saya menjaringkan banyak gol.

"Saya bermain hampir setiap perlawanan. Jika anda gabungkan itu dengan banyak kemenangan maka saya boleh terus bermain seperti itu untuk negara saya," katanya.

Untuk rekod, Mitrovic pernah beraksi bersama Newcastle United dan Fulham sekaligus bakal memberi ancaman terbesar buat England nanti.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Jun 2024 @ 12:58 PM