MITROVIC (kanan) dilayangkan kad merah ketika Fulham tewas 1-3 di tangan Manchester United di suku akhir Piala FA, Ahad lalu. FOTO AFP
MITROVIC (kanan) dilayangkan kad merah ketika Fulham tewas 1-3 di tangan Manchester United di suku akhir Piala FA, Ahad lalu. FOTO AFP
Reuters

London: Penyerang Fulham, Aleksandar Mitrovic berdepan hukuman penggantungan panjang selepas Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) berkata, hukuman biasa ketika dibuang pada apabila tewas 1-3 di tangan Manchester United di suku akhir Piala FA 'tidak mencukupi'.

FA turut mendakwa jurulatih Fulham, Marco Silva, hari ini.

Pada aksi babak kedua Ahad lalu, kekecohan berlaku selepas pemain Fulham, Willian dilayangkan kad merah kerana menahan bola dalam kotak penalti selepas pengadil melihat rakaman video bantuan pengadil (VAR).

Dalam kekecohan itu, Silva memarahi pegawai keempat perlawanan sebelum dilayangkan kad merah.

Mitrovic turut dilayangkan kad merah kerana berdepan dan merempuh pengadil, Chris Kavanagh dengan bahunya.

"Marco Silva didakwa kerana menggunakan perkataan kesat dan/atau menghina pegawai keempat perlawanan sebelum dan selepas dibuang padang," kata FA dalam kenyataan.

"Dakwaan lanjut berhubung tindakannya membaling botol air ke arah pembantu pengadil dan tindakan itu jelas tidak betul."

FA berkata, tindakan Mitrovic selepas dibuang padang jelas menghina dan mengancam.

"Hukuman standard yang sepatutnya dikenakan terhadap Aleksander Mitrovic selepas dibuang padang kerana bertindak ganas ke arah pegawai perlawanan jelas tidak mencukupi."

Katanya, Fulham gagal memastikan pemainnya menjaga kelakuan dan belum mengumumkan hukuman bakal dikenakan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Mac 2023 @ 8:13 AM