MITROVIC akan bergabung bersama Neymar di bahagian serangan Al Hilal. FOTO Agensi
MITROVIC akan bergabung bersama Neymar di bahagian serangan Al Hilal. FOTO Agensi
AFP

London: Aleksandar Mitrovic berpindah dari Liga Perdana Inggeris (EPL) ke Arab Saudi dengan meninggalkan Fulham untuk menyertai Al Hilal.

Penghijrahan Mitrovic membolehkan Fulham mencatat rekod penjualan pemain paling mahal.

Kelab EPL itu mengesahkan pemergian pemain Serbia itu selepas kekalahan 0-3 di tempat sendiri menentang Brentford.

Al Hilal dilaporkan merundingkan perjanjian £50 juta (RM296 juta) untuk pemain berusia 28 tahun itu.

"Kami boleh mengesahkan bahawa Aleksandar Mitrovic petang ini meninggalkan pasukan untuk menyertai Al Hilal dalam Liga Pro Saudi untuk yuran perpindahan rekod kelab," kata Fulham dalam satu kenyataan.

"Kami dengan berat hati menerima tawaran yang disemak semula kerana pemain itu secara konsisten menyatakan hasratnya untuk berhijrah."

Dia akan menjadi pemain berprofil tinggi terbaru Al Hilal selepas mereka mendapatkan Neymar, Kalidou Koulibaly, Sergej Milinkovic-Savic, Ruben Neves dan Malcom.

Mitrovic menjaringkan 14 gol untuk Fulham musim lalu apabila dia akhirnya mencipta rekod dalam EPL

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Ogos 2023 @ 10:22 AM