Pengurus Scotland, Steve Clarke kecewa di bangku simpanan. FOTO Agensi
Pengurus Scotland, Steve Clarke kecewa di bangku simpanan. FOTO Agensi
Reuters

Munich, Jerman: Pengurus Scotland, Steve Clarke berharap penyokong terus kekal memberi sokongan di belakang sebagai 'pemain ke-12' biarpun negara itu dibelasah 1-5 oleh Jerman dalam aksi pembukaan Euro 2024, awal pagi tadi.

Jelas Clarke, kekalahan itu sememangnya perit namun ia perlu dilupakan segera dengan memberi fokus kepada aksi kedua Kumpulan A menentang Switzerland Khamis ini.

"Kita sebenarnya sebuah pasukan yang lebih baik daripada malam ini (awal pagi tad)," katanya pada sidang media selepas aksi itu.

Jerman yang juga tuan rumah kejohanan kali ini memulakan aksi dengan sempurna apabila mendahului seawal minit ke-10 menerusi Florian Wirtz sebelum Jamal Musiala, Kai Havertz, Niclas Fuellkrug dan Amre Can.

Scotland yang beraksi dengan 10 pemain meraih gol saguhati hasil jaringan sendiri Antonio Ruediger.

"Bagi saya, Jerman sebuah pasukan yang sempurna dan beraksi cukup bersemangat di depan penyokong sendiri.

"Sokongan ribuan penyokong membezakan kami dengan Jerman dan saya harap pemain akan bangkit segera dan memberi fokus untuk aksi berikutnya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Jun 2024 @ 8:19 AM