LUKAKU meraikan kejayaan bersama pemain tengah Belgium Amadou Onana. -FOTO AFP
LUKAKU meraikan kejayaan bersama pemain tengah Belgium Amadou Onana. -FOTO AFP
AFP

Brussels: Romelu Lukaku melebarkan rekod jaringannya bersama Belgium apabila menamatkan persiapan mereka untuk Kejohanan Eropah dengan kemenangan 3-0 ke atas Luxembourg di Brussels.

Lukaku menjaringkan gol menerusi sepakan penalti minit ke-42 untuk gol antarabangsanya yang ke-84 dan menjaringkan gol kedua selepas menerima hantaran Jeremy Doku.

Leandro Trossard melengkapkan gol ketiga 10 minit sebelum masa tamat.

Belgium yang turun dengan skuad terbaiknya bermula dengan baik namun percubaan Kevin De Bruyne dan Lukaku oleh barisan pertahanan Luxembourg.

Trossard berpeluang menjaringkan gol manakala Doku turut mengancam barisan pertahanan lawan.

Lukaku kemudiannya dihadiahkan sepakan penalti selepas dikasari oleh Enes Mahmutovic dan menyempurnakannya pada minit ke-57 untuk gol kedua Belgium.

Jaringan Trossard hadir pada minit ke-81 hasil hantaran Wout Faes dan Belgium seharusnya menang lebih besar, namun beberapa percubaan dinafikan penjaga gol pelawat, Anthony Moris.

Belgium akan memulakan kempen Euro 2024 menentang Slovenia di Frankfurt pada 17 Jun

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Jun 2024 @ 11:09 AM