LUKAKU (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO AFP
LUKAKU (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO AFP
AFP

Saint Petersburg: Romelu Lukaku menjaringkan dua gol ketika membantu Belgium memulakan kempen Euro 2020 dengan bergaya apabila melakar kemenangan 3-0 ke atas Russia di Saint Petersburg.

Lukaku meraikan jaringan pertama minit ke-10 dengan menjerit di depan kamera sebagai tanda sokongan ke atas rakan sepasukannya di Inter Milan, Christian Eriksen yang kembali sedar di hospital dekat Copenhagen selepas rebah ketika pertemuan Denmark dengan Poland.

Belgium yang menduduki ranking pertama dunia melengkapkan kemenangan manis mereka menerusi gol kedua Thomas Meunier minit ke-34 dan Lukaku menambah satu lagi gol lewat permainan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Jun 2021 @ 5:29 AM