AKSI pemain Pahang Rangers (kanan) dan JDT pada perlawanan persahabatan menjelang musim baharu di Stadium Tertutup SUKPA hari ini. FOTO MOHD RAFI MAMAT
AKSI pemain Pahang Rangers (kanan) dan JDT pada perlawanan persahabatan menjelang musim baharu di Stadium Tertutup SUKPA hari ini. FOTO MOHD RAFI MAMAT
Mohd Rafi Mamat


Kuantan: Walaupun hanya perlawanan persahabatan namun persembahkan yang begitu menarik dan menghiburkan dipamerkan barisan pemain Pahang Rangers FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) seolah mereka beraksi pada saingan Liga Futsal Perdana Kebangsaan (MPFL).

Keputusan perlawanan di Stadium Tertutup SUKPA, di sini hari ini, berpihak kepada tuan rumah 5-4 yang jelas menguasai perlawanan dengan asakan bertali arus ke gawang lawan.

Penonton yang menyaksi perlawanan pemanas badan menjelang saingan MPFL pertengahan bulan ini, ternyata terhibur dengan persembahan barisan pemain kedua pasukan menerusi percubaan yang menghasilkan sembilan jaringan.

Walaupun hanya perlawanan persahabatan namun aksi kasar tetap dipamerkan pemain pasukan Pahang Rangers FC dan JDT hingga menimbulkan ketegangan hingga campur tangan pegawai pasukan.

Jurulatih Pahang Rangers FC, Gerard Casas berkata, dia berpuas hati dengan corak permainan yang dipersembahkan barisan pemain yang diturunkan hari ini, mereka dapat memikul tugas dengan berkesan.

"Ketinggalan pada awal babak pertama tidak melemahkan semangat pemain untuk menyamakan kedudukan seterusnya berjaya menyumbang lima gol hingga tamat perlawanan.

"Persefahaman yang semakin baik antara pemain tempatan dengan awang import (Felipe de Souza dan Murilo Saad) kini semakin menjadi, malah dua gol disumbang oleh tenaga pemain kelahiran Brazil itu," katanya yang yakin Tok Gajah mampu menyerlah musim ini.

Casas berkata, Pahang Rangers FC kini sudah hampir ke penghujung membentuk pasukan yang terbaik untuk bersaing dipentas MPFL.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Februari 2024 @ 4:34 PM