MAIGNAN memberi reaksi ketika dihamburkan perkataan berbaur perkauman. FOTO AFP
MAIGNAN memberi reaksi ketika dihamburkan perkataan berbaur perkauman. FOTO AFP
AFP

London: Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa), Gianni Infantino menggesa pengharaman masuk ke stadium di seluruh dunia untuk peminat yang terbabit dalam provokasi perkauman.

Beliau juga mahu 'kekalahan automatik' diberikan kepada pasukan yang penyokongnya melemparkan penderaan 'menjijikkan', berikutan insiden perkauman di Itali dan England hujung minggu ini.

Ketua badan induk bola sepak dunia itu berkata tiada tempat untuk sebarang diskriminasi dalam sukan.

"Insiden yang berlaku di Udine dan Sheffield adalah benar-benar menjijikkan dan tidak boleh diterima sama sekali," katanya dalam satu kenyataan.

"Pemain-pemain yang terjejas mendapat sokongan tidak berbelah bahagi daripada saya.

Peminat membuat bunyi monyet kepada penjaga gol AC Milan dan Perancis, Mike Maignan semasa kemenangan dramatik 3-2 Milan di Udinese, dengan permainan dihentikan buat sementara waktu.

Dalam satu kenyataan yang tegas di X, pasukan Perancis berkata: "Anda mendapat sokongan penuh daripada kami Mike Maignan. FFF (Persekutuan Bolasepak Perancis) mengutuk sepenuhnya semua tindakan perkauman."

Kapten Perancis Kylian Mbappe turut menawarkan sokongannya kepada rakan sepasukan antarabangsanya.

"Anda tidak bersendirian Mike Maignan, kami semua bersama anda," tulis bintang Paris Saint-Germain itu.

"Masih masalah yang sama dan masih TIADA penyelesaian. Cukuplah!!!!! NO TO RACISM," kata Mbappe di X.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 January 2024 @ 11:47 PM