NEYMAR kini beraksi untuk pasukan
NEYMAR kini beraksi untuk pasukan
Agensi

Paris: Perpindahan Neymar dari FC Barcelona ke Paris Saint-Germain pada 2017 yang memecahkan rekod perpindahan dunia ketika itu akan disiasat kerana dikatakan mengelak pembayaran cukai.

Tuduhan itu kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa Perancis.

Terdapat dakwaan perbualan yang dirakam antara Hugues Renson, seorang ahli parlimen Perancis milik parti presiden Perancis, Emanuel Macron dan Jean-Martial Ribes seorang eksekutif PSG berpangkat tinggi.

Kononnya, Renson memperoleh kelebihan cukai untuk memudahkan pemindahan ke PSG dapat dilakukan sebagai pertukaran tiket untuk menonton perlawanan di Parc des Princes dan faedah lain.

Didakwa terdapat banyak pertemuan antara Renson dan Ribes, yang turut dipantau oleh presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi.

Renson boleh berdepan hukuman berat jika dakwaan itu terbukti benar.

Neymar bagaimanapun sudah meninggalkan Paris dan bermain di Arab Saudi namun dia diketepikan kerana kecederaan jangka panjang.

Neymar perlu melakukan pembedahan selepas mengalami kecederaan ACL serta meniskus di lutut kirinya ketika aksi kelayakan Piala Dunia menentang Uruguay Oktober lalu.

Neymar kini mengikat kontrak bersama kelab Arab Saudi, Al-Hilal pada Ogos lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 January 2024 @ 10:32 AM