SALAH ledak dua gol pacu Liverpool catat kemenangan. -FOTO AFP
SALAH ledak dua gol pacu Liverpool catat kemenangan. -FOTO AFP
Agensi

London: Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp berkata dia 'memahami' kekecewaan Everton selepas isu kontroversi kad merah Ibrahima Konate dalam pertemuan derby Merseyside.

The Reds mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas pesaing mereka dengan Mohamed Salah menjaringkan kedua-dua gol selepas Ashley Young dibuang padang pada separuh masa pertama untuk The Toffees.

Tetapi Everton berang apabila Konate yang dilayangkan kad kuning mengasari Beto pada separuh masa kedua apabila pengadil Craig Pawson memutuskan untuk tidak menghantarnya keluar padang sebaliknya pengurus Toffees, Sean Dyche dilayangkan kad merah kerana aduannya.

Klopp disoal tentang insiden itu selepas perlawanan dan memberitahu bahawa Everton akan 'mengatasinya'.

Ditanya sama ada dia memahami kekecewaan Everton berhubung isu kad merah Konate, Klopp berkata: 'Sudah tentu saya faham.

"Apabila kami berada di sisi lain (keputusan yang buruk) kami terpaksa menerimanya.

"Sangat sukar untuk melakukan itu pada saat-saat pertama tetapi masa akan mengatasinya, saya boleh memberitahu anda."

Gol pertama Salah terhasil dari sepakan penalti dan Klopp mengakui bahawa pasukannya 'mungkin' bertuah dengan keputusan itu.

"Penalti itu, saya tidak pasti sama ada sesiapa mahu membincangkannya," tambah Klopp.

"Adakah ia satu penalti? ya. Adakah kita bertuah? Mungkin. Saya belum melihatnya kembali, tetapi kami mungkin bertuah."

Liverpool akan kembali beraksi Khamis ini menentang Toulouse dalam aksi Liga Europa.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Oktober 2023 @ 10:01 AM