Aksi Richarlison (kanan) dalam saingan Piala FA kelmarin. FOTO Reuters
Aksi Richarlison (kanan) dalam saingan Piala FA kelmarin. FOTO Reuters
Agensi

London: Manchester United merancang melengkapkan perpindahan bagi penyerang Everton, Richarlison menurut beberapa laporan.

United dilaporkan mahu mendapatkan khidmat penyerang itu pada jendela perpindahan musim panas ketika Edinson Cavani dijangka bersedia meninggalkan kelab itu apabila kontraknya berakhir.

Oleh itu, skuad Red Devils mengenalpasti Richarlison yang mempunyai dua tahun kontrak di Everton sebagai sasaran pemain berpotensi.

Manchester United dikatakan sedia mengemukakan tawaran kepada Everton yang kini antara kelab yang bergelut di daras liga.

Menurut laporan Goal Brazil, United mengikuti perkembangan Richarlison sejak dua musim lalu selepas pemain itu mempamerkan sentuhan berbisa di Everton.

Richarlison menjadi salah satu aset terbesar di Everton menerusi himpunan jaringan menarik dilakar bersama skuad Toffees.

Bagaimanapun, dia bergelut dengan prestasi musim ini apabila hanya menjaringkan empat gol dalam 22 penampilan di Liga Perdana setakat ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Mac 2022 @ 11:35 AM