RODRIGUEZ (kanan) meledak dua gol untuk membantu Everton menumbangkan Brighton 4-2. FOTO EPA
RODRIGUEZ (kanan) meledak dua gol untuk membantu Everton menumbangkan Brighton 4-2. FOTO EPA
Agensi

Liverpool: Dominic Calvert-Lewin dan Yerry Mina menjaringkan gol untuk membantu Everton mencatatkan kemenangan keempat daripada empat perlawanan, meletakkan mereka tiga mata mengatasi penyandang juara, Liverpool yang akan turun padang awal pagi esok.

Everton memulakan aksi dengan cemerlang selepas penyerang, Calvert-Lewin menjaringkan gol kesembilannya dalam semua kejohanan musim ini pada minit ke-16.

Brighton berjaya menyamakan kedudukan empat minit sebelum rehat apabila penjaga gol, Jordan Pickford, gagal menangkap kemas sehingga membolehkan Neal Maupay mudah menjaringkan gol penyamaan.

Bagaimanapun, pertahanan Colombia, Mina meletakkan kembali Everton di depan pada masa kecederaan separuh masa pertama, selepas menanduk masuk sepakan percuma James Rodriguez.

Pada separuh masa kedua, Rodriguez berjaya meraih gol pertama di laman sendiri dan diikuti jaringan kedua pada minit ke-70

Yves Bissouma menjaringkan gol kedua Brighton hasil rembatan jarak jauh pada masa kecederaan namun Everton sudah mengesahkan kemenangan ketujuh mereka dalam semua pertandingan, sekali gus melakarkan rekod baru permulaan paling cemerlang The Toffees.

"Kami bermain baik dan berjaya mengharungi perlawanan dengan sempurna. Brighton menguasai permainan namun kami mampu menyerap asakan mereka dan memperoleh peluang meledak jaringan melalui serangan balas pantas. Kami juga sangat bagus ketika situasi 'set-piece'," kata pengurus Everton,

Carlo Ancelotti.

Dalam satu lagi aksi, Callum Wilson meledak dua gol untuk membantu Newcastle mencatat kemenangan 3-1 ke atas Burnley yang belum meraih mata selepas tiga perlawanan.

Newcastle di tangga keenam dengan meraih tujuh mata daripada empat perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Oktober 2020 @ 12:26 PM