YOUNG menyertai Everton kerana hubungan rapat dengan Dyche. FOTO AFP
YOUNG menyertai Everton kerana hubungan rapat dengan Dyche. FOTO AFP
AFP

Liverpool: Ashley Young muncul pemain pertama ditandatangani Everton pada jendela perpindahan kali ini, hari ini, apabila pemain berusia 38 tahun itu bersetuju kontrak setahun dengan Toffees.

Bekas pemain pertahanan Manchester United itu menyertai Everton sebagai ejen bebas selepas kontraknya di Aston Villa tamat pada hujung musim lalu.

Young bergabung semula dengan pengurus Everton, Sean Dyche, yang menjadi kaptennya pada awal karier bersama Watford.

"Pengurus sangat penting dalam keputusan saya menyertai kelab ini," kata Young.

"Saya kenal dia, semangat serta keinginannya. Kejujurannya dan akan sentiasa bekerja keras serta keinginannya pada setiap perlawanan memang sukar ditandingi."

Everton terus kekal selama 70 tahun di liga utama Inggeris dengan keputusan tipis sejak dua musim lalu.

Mereka sekali lagi dijangka bergelut di zon penyingkiran, musim depan berikutan kekangan kewangan selepas membina stadium baharu dan peraturan kewangan 'fair play'.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Julai 2023 @ 10:32 PM