WALKER (kanan) masih diperlukan Southgate. FOTO AFP
WALKER (kanan) masih diperlukan Southgate. FOTO AFP
AFP

Glasgow: Pengurus England, Gareth Southgate berkata beliau dua kali memujuk Kyle Walker supaya tidak bersara daripada tugasan antarabangsa.

Walker menjaringkan gol pertamanya dengan England dalam penampilan ke-77 ketika seri 1-1 menentang Ukraine di Wroclaw.

Detik berharga bek kanan Manchester City itu dalam kelayakan Euro 2024 hadir selepas masa depannya untuk kedua-dua kelab dan negara tidak menentu selepas berakhir musim lalu.

Hanya campur tangan daripada bos City, Pep Guardiola menyaksikan Walker kekal bersama juara treble selepas Bayern Munich menyatakan minat terhadap pemain berusia 33 tahun itu.

Southgate mendedahkan beliau juga perlu mengubah fikiran Walker selepas kekalahan final Euro 2020 kepada Itali dan Piala Dunia tahun lalu di Qatar.

"Saya memberitahunya dua kali untuk tidak bersara daripada bola sepak antarabangsa," kata Southgate.

"Selepas Euro dan selepas Piala Dunia, saya rasa dia suka berada di sini dan dia mahu terus bermain dan kini dia memikirkan berapa banyak boleh menyarung jersi England.

"Dia sangat penting kepada kami. Jika kita bercakap mengenai pemain bertaraf dunia dalam kedudukan mereka dalam pasukan kita maka dia mungkin salah seorang daripadanya.

"Saya rasa dia tidak menyedari betapa nilai yang kami ada untuknya dan betapa pentingnya dia untuk kami. Dia mungkin tidak akan berterima kasih kepada saya kerana berkongsi perkara itu!"

Southgate memuji pemain pertahanan itu kerana terus meningkat pada peringkat hujung kariernya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 September 2023 @ 11:12 AM