GELAGAT Mount dan Gilmour (kiri) selepas tamat perlawanan England dan Scotland. FOTO Agensi
GELAGAT Mount dan Gilmour (kiri) selepas tamat perlawanan England dan Scotland. FOTO Agensi
Agensi

London: Gareth Southgate mengarahkan pemain England menjauhi rakan sekelab dari negara lain susulan Covid-19.

Mason Mount dan Ben Chilwell dikuarantin menjelang aksi menentang Republik Czech pagi esok selepas berpelukan dengan pemain Scotland, Billy Gilmour yang didapati positif.

Southgate berkata: "Saya tak fikir pemain perlu diingatkan selepas apa yang berlaku tetapi yang pasti kami akan berbuat demikian.''

Kedua-dua bintang Three Lions itu menyalahi protokol dengan memeluk rakan sepasukan di Chelsea, Gilmour selepas tamat perlawanan Sabtu lalu. Mereka kemudiannya berbual menuju ke terowong.

Pemain tengah Declan Rice akan berdepan rakan sekelab di West Ham, Tomas Soucek dan Vladimir Coufal di Wembley.

Southgate mengakui tidak membenarkan pemain di Euro 2020 memeluk dan bercakap dengan rapat rakan sekelab dari negara lain.

Southgate menjelaskan : "Anda boleh saksikan ia berlaku pada setiap perlawanan dan apa yang terjadi perlu dijadikan pengajaran. Kami menanggung risiko terlepas perlawanan atau apa sahaja.''

England dijangka mengetahui nasib Mount dan Chilwell hari ini sama ada dibenarkan bersama rakan sepasukan untuk aksi terakhir Kumpulan D.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Jun 2021 @ 9:03 AM