TIMBER menerima rawatan ketika aksi EPL bertemu Nottingham Forest di Stadium Emirates. FOTO AFP
TIMBER menerima rawatan ketika aksi EPL bertemu Nottingham Forest di Stadium Emirates. FOTO AFP
Agensi

London: Arsenal dilaporkan bimbang Jurrien Timber mungkin terpaksa diketepikan selama beberapa selepas terhencut-hencut pada penampilan sulungnya.

Pemain pertahanan bernilai £34 juta (RM199.7 juta) itu terpaksa dikeluarkan semasa penampilan pertamanya di Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mengalami kecederaan lutut.

Timber, 22, dilihat bergelut pada perlawanan itu tetapi hanya pada separuh masa kedua dia disahkan tidak dapat meneruskan aksinya.

Daily Mail melaporkan pemain pertahanan itu sudah menjalani pelbagai ujian untuk menilai tahap kecederaannya.

Laporan itu kemudian mendakwa bahawa Timber mungkin mengalami 'kecederaan ligamen lutut yang ketara'.

Akibat kecederaan itu, pemain Belanda itu berpotensi diketepikan selama beberapa bulan dan bukannya hanya beberapa minggu.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta pasti akan berasa kecewa dengan berita itu kerana dia gembira dengan cara pemain pertahanan itu menyesuaikan diri bersama pasukan London Utara itu sejak berhijrah dari Ajax.

Timber adalah pembelian kedua kelab itu pada musim panas selepas ketibaan Kai Havertz dari Chelsea.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Ogos 2023 @ 10:29 AM