TIMBER ketika mengalami kecederaan baru-baru ini. FOTO Reuters
TIMBER ketika mengalami kecederaan baru-baru ini. FOTO Reuters
Reuters

London: Arsenal mesti menyesuaikan diri berikutan kecederaan pertahanan Belanda baharu mereka, Jurrien Timber, kata pengurus Mikel Arteta sebelum lawatan mereka ke Crystal Palace untuk perlawanan derby London Selasa depan.

Timber berusia 22 tahun, ditandatangani dengan harga €40 juta (RM202 juta) dari Ajax Amsterdam, diketepikan selepas mengalami kecederaan lutut semasa kemenangan Arsenal di tempat sendiri pada pembukaan musim ke atas Nottingham Forest dan bersedia untuk menjalani pembedahan .

"Selepas baru menyertai kelab kami dia mengalami kecederaan pula dan ini adalah tamparan hebat buatnya. Kami merekrutnya dengan untuk menambah kekuatan pasukan dan kini kami perlu menyesuaikan diri serta meneruskannya," kata Arteta kepada pemberita.

"Dia sangat bagus, sejujurnya. Dia adalah watak istimewa. Dia berada di tempat yang baik, jadi kami semua bersedia membantunya, tetapi ia akan menjadi perjalanan yang panjang," tambah Arteta.

"Saya memikirkan mengenai sumber yang kami ada dalam pasukan tetapi dia akan memberikan kami perkara berbeza di kedua-dua belah pertahanan. Ia adalah peluang untuk semua orang. Kami memerlukan semua orang."

Arteta membantu Arsenal layak ke Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak kempen 2016-17 dan naib juara liga musim lalu dan bulan ini memenangi Perisai Komuniti dengan menewaskan pemenang treble, Manchester City.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Ogos 2023 @ 8:31 PM