ALBA menjaringkan gol ketika Barcelona menentang Sevilla FC di  Camp Nou pada Februari lalu.
ALBA menjaringkan gol ketika Barcelona menentang Sevilla FC di Camp Nou pada Februari lalu.
Reuters

Miami: Bekas pertahanan Barcelona Jordi Alba menyertai Inter Miami sehingga musim 2024 dengan pilihan lanjutan kontrak setahun, menurut kelab Major League Soccer itu hari ini.

Alba tiba dengan perpindahan percuma selepas Barcelona menamatkan kontraknya dengan persetujuan bersama pada Mei yang mengakhiri tempoh 11 tahun khidmatnya di Nou Camp.

Pertahanan kiri berusia 34 tahun itu akan menyertai bekas rakan sepasukannya di Barca, Lionel Messi dan Sergio Busquets yang tiba lebih awal di kelab Florida itu.

"Jordi pemain serba lengkap, dinamik dan berpengalaman yang kami yakin mampu meningkatkan kekuatan skuad kami," kata Pengarah Bolasepak Chris Henderson.

Alba tampil 93 perlawanan antarabangsa untuk Sepanyol dan sebahagian daripada skuad yang menjuarai Euro 2012.

Dia beraksi 11 musim di Barcelona dan membantu gergasi Sepanyol itu menjuarai enam gelaran LaLiga selain turut beraksi untuk Valencia CF.

Alba meledak 37 gol dan mencipta 107 bantuan jaringan dalam 605 semua kejohanan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Julai 2023 @ 7:52 AM