CHIELLINI bergurau dengan Jordi Alba.
CHIELLINI bergurau dengan Jordi Alba.
Agensi

London: Salah satu insiden paling menarik perhatian di Euro 2020 berlaku sebelum penentuan penalti pada separuh akhir di antara Itali dan Sepanyol yang menyaksikan Giorgio Chiellini bergurau dengan Jordi Alba.

Chiellini mendedahkan Alba menyangka sesi lambungan syiling berpihak kepadanya dan sepakan penalti dilangsungkan depan penyokong Sepanyol.

"Banyak diperkatakan mengenai apa yang berlaku ketika itu,'' kata Chiellini ketika ditemu ramah Persekutuan Bolasepak Itali.

"Kami membuat keputusan tempat di mana penalti diambil dan pengadil berkata 'merah di sebelah sana dan biru sebelah satu lagi.'

"Apabila dia melihat merah di syiling, Jordi [Alba] fikir ia sudah tamat tetapi saya bergurau dengan berkata itu bukan masalahnya.''

Kapten Itali itu juga menggambarkan suasana emosi ketika berlangsung penentuan penalti yang dimenangi Itali.

"Pada mulanya, saya cemas," kata Chiellini.

"Kami berkongsi emosi yang akan kekal selamanya dan akhirnya kami berpelukan sambil mengeluarkan air mata.''

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Julai 2021 @ 11:41 AM