PEMAIN Sepanyol kecewa selepas hanya seri 1-1 dengan Poland awal pagi tadi. FOTO AFP
PEMAIN Sepanyol kecewa selepas hanya seri 1-1 dengan Poland awal pagi tadi. FOTO AFP
AFP

Seville: Selepas sembilan tahun memenangi kejuaraan utama buat kali ketiga berturut-turut, Sepanyol kali ini dilihat bergelut untuk melepasi peringkat kumpulan Euro 2020 selepas hanya mencatat seri dalam dua perlawanan awal.

Jurulatih, Luis Enrique berkata, jika perlawanan menentang Poland adalah aksi tinju, pasukannya sudah memenangi banyak mata tapi namun pasukannya seperti hanya berada di tali tanpa mempunyai tumbukan KO.

Selepas bermula dengan seri tanpa jaringan menentang Sweden minggu lalu. Sepanyol sekarang berada di tangga ketiga Kumpulan E dan perlu menumpaskan Slovakia tengah malam Rabu untuk memastikan tempat ke 16 terakhir.

Diundi dalam salah satu kumpulan yang tidak sukar dan format pertandingan pula seakan membuka ruang buat pasukan gergasi seperti mereka mara dengan mudah namun jika gagal ke peringkat seterusnya ia satu perkara paling hina buat Sepanyol.

"Saya mengharapkan lebih dari ini. Saya mengharapkan enam mata dan tidak melepaskan sebarang gol namun situasi sekarang ternyata berbeza," kata Luis Enrique.

Luis Enrique merungut minggu lalu dengan keadaan padang di La Cartuja di Seville, iaitu gelanggang yang membabitkan tiga perlawanan mereka bagi peringkat kumpulan, sebelum perkara yang sama diulangi pemain tengah Manchester City, Rodri semalam.

Jordi Alba, yang menggantikan ketua pasukan, Sergio Busquets berkata, mereka kurang bernasib baik selepas sepakan penalti Gerard Moreno terkena palang, manakala Alvaro Morata pula gagal menyempurnakan gol pembukaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Jun 2021 @ 8:24 PM