Pemain tengah Barcelona, Pedri. FOTO Agensi
Pemain tengah Barcelona, Pedri. FOTO Agensi
AFP

Madrid: Pemain tengah Barcelona, Pedri dipanggil menyertai skuad kebangsaan Sepanyol buat pertama kali hari ini menjelang kelayakan Piala Dunia menentang Greece, Georgia dan Kosovo.

Pedri, 18, menyerlah pada musim ini di La Liga selepas menjalankan tugas berkesan dalam membentuk gerakan pemusnah di barisan tengah Barca.

Dia yang dikaitkan mempunyai corak permainan seperti bekas pemain tengah Sepanyol dan Barcelona Andres Iniesta, Pedri akan memburu tempat dalam kesebelasan utama skuad kendalian Luis Enrique bagi kejuaraan Eropah yang berlangsung musim panas ini.

Terdapat juga pemain yang di senarai semula bagi pemain pertahanan kiri Barca, Jordi Alba dan perancang tengah Liverpool,Thiago Alcantara.

Alba tidak menjadi pilihan sejak pelantikan semula Luis Enrique pada 2019 sementara Thiago terlepas kem latihan pusat pada November lalu berikutan kecederaan lutut.

Sepanyol memulakan kempen kelayakan Piala Dunia menentang Greece di Granada pada 25 Mac sebelum beraksi di gelanggang lawan di Georgia tiga hari kemudian. Aksi terakhir mereka berdepan Kosovo dekat Seville pada 31 Mac ini.

Senarai Skuad Sepanyol:

Penjaga Gol: David De Gea (Manchester United/ENG), Unai Simon (Athletic Bilbao), Robert Sanchez (Brighton/ENG)

Pertahanan: Pedro Porro (Sporting Lisbon/POR), Sergio Ramos (Real Madrid), Inigo Martinez (Athletic Bilbao), Jose Gaya (Valencia), Eric Garcia (Manchester City/ENG), Jordi Alba (Barcelona), Diego Llorente (Leeds/ENG)

Tengah: Fabian Ruiz (Napoli/ITA), Pedri, Sergio Busquets (both Barcelona), Rodri Hernandez (Manchester City/ENG), Koke, Marcos Llorente (both Atletico Madrid), Sergio Canales (Real Betis), Thiago Alcantara (Liverpool/ENG)

Penyerang: Dani Olmo (Leipzig/GER), Mikel Oyarzabal (Real Sociedad), Ferran Torres (Manchester City/ENG), Gerard Moreno (Villarreal), Alvaro Morata (Juventus/ITA), Bryan Gil (Eibar)

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Mac 2021 @ 11:37 PM