Aksi perlawanan menyaksikan Juventus menewaskan skuad Pellegrini menerusi jaringan Mario Mandzukic di Turin. Foto EPA
Aksi perlawanan menyaksikan Juventus menewaskan skuad Pellegrini menerusi jaringan Mario Mandzukic di Turin. Foto EPA

Manuel Pellegrini tetap positif biarpun pasukannya tewas 0-1 kepada Juventus.

Pengurus Manchester City itu mendakwa Juventus tidak akan mencari keputusan seri bertandang ke Sevilla bulan depan.

Kelab Sepanyol itu tewas 0-2 di Turin, bulan lalu.

"Kita perlu tunggu dan lihat apa akan dilakukan Juventus menentang Sevilla. Ia perlawanan sukar buat mereka di tempat lawan. Sevilla perlu menang untuk beraksi di Liga Europa," kata Pellegrini.

"Saingan kumpulan belum selesai kerana ada satu perlawanan lagi." - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 November 2015 @ 3:39 PM