Penyerang Dortmund, Erling Braut Haaland (kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukannya pada aksi Liga Juara-Juara pagi ini. FOTO AFP
Penyerang Dortmund, Erling Braut Haaland (kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukannya pada aksi Liga Juara-Juara pagi ini. FOTO AFP
AFP

Dortmund, Jerman: Erling Braut Haaland meledak dua gol ketika Borussia Dortmund menyingkirkan Sevilla menerusi agregat 5-4 untuk mara ke peringkat suku akhir, selepas aksi dramatik 2-2 pada perlawanan kedua kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara (UCL) di Signal Iduna Park, pagi ini.

Pemain kebangsaan Norway itu menjaringkan gol pembukaan pada babak pertama, sebelum menambah satu lagi menerusi sepakan penalti selepas rehat manakala pelawat menjaringkan dua gol menerusi Youssef En-Nesyri pada minit ke-68 dan masa kecederaan .

Sementara itu, di Turin Itali, jaringan menerusi sepakan percuma yang disempurnakan Sergio Oliveira membantu Porto ke suku akhir UCL menerusi peraturan gol di tempat lawan sekalipun tewas 2-3 di Juventus pada perlawanan kedua kelompok 16 terakhir.

Mendahului 2-1 pada perlawanan pertama di Portugal, penalti babak pertama Oliveira membantu kelebihan Porto tetapi Juventus merapatkan kedudukan menerusi dua gol daripada Federico Chiesa, sementara penyerang Porto, Mehdi Taremi dibuang padang.

Oliveira kemudian menjaringkan gol yang berjaya membawa pasukannya ke suku akhir akhir menerusi sepakan percuma pada minit ke-115.

Diikuti tandukan Adrien Rabiot selang beberapa minit kemudian yang memberi sedikit harapan kepada Juventus.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Mac 2021 @ 7:51 AM