MOON Sik gagal menghasilkan keputusan positif untuk Kelantan FC.
MOON Sik gagal menghasilkan keputusan positif untuk Kelantan FC.
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Pengendali Kelantan FC dari Korea Selatan, Choi Moon Sik muncul jurulatih pertama yang direhatkan musim ini.

Pengumuman mengejutkan itu diumumkan Kelantan FC ketika pasukan itu hanya berbaki 30 minit sebelum turun menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin jam 10 malam ini.

Menerusi kenyataan media dikeluarkan The Red Warriors, penolong jurulatih iaitu Rezal Zambery Yahya dilantik sementara bagi menggantikan posisi yang ditinggalkan Moon Sik.

"TRW Kelantan FC melantik Rezal Zambery Yahya sebagai 'caretaker' sementara selepas coach Choi Moon Sik direhatkan daripada jawatan ketua jurulatih bermula pada perlawanan malam ini.

"Untuk makluman, beliau (Rezal) yang pernah mengetuai pasukan TRW Kelantan FC pada musim lalu menjawat jawatan sebagai Penolong Ketua Jurulatih pada musim 2023.

"Semoga dengan pelantikan ini, Rezal Zambery dapat memikul tanggungjawab untuk mamacu pasukan TRW Kelantan FC ke arah yang lebih baik.

"Pelantikan ini berkuat kuasa, sehingga pihak pengurusan melantik Ketua Jurulatih Kelantan FC yang baru. Selamat maju jaya, Rezal Zambery," kata kenyataan kelab itu.

Selepas mengharungi enam aksi, Kelantan FC sekadar menghuni tangga ke-11 liga dengan mengutip empat mata.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 April 2023 @ 9:48 PM