MAN Utd muncul juara Piala Liga selepas menewaskan Newcastle.
MAN Utd muncul juara Piala Liga selepas menewaskan Newcastle.
Agensi

London: Pemain Manchester United mampu meraih bonus hampir £500,000 (RM2.67 juta) seorang jika dapat mencipta kejayaan bersejarah dengan menjulang empat trofi musim ini.

Red Devils menjuarai trofi pertama mereka selepas menewaskan Newcastle 2-0 pada final Piala Liga hujung minggu lalu.

Setiap pemain pasukan utama mendapat bonus £65,000 (RM347.84 juta) hasil kemenangan dan banyak lagi bakal masuk ke poket mereka.

Man United menempah tiket suku akhir Piala FA selepas mengatasi West Ham 3-1 di Old Trafford minggu ini dan menurut The Mail, setiap pemain bakal mengaut £85,000 (RM454.92 juta) jika menjuarai kejohanan klasik itu.

United turut masih bersaing di peringkat Eropah selepas bangkit menewaskan Barcelona minggu lalu dan bonus juga £85,000 (RM454.92 juta) menunggu mereka jika menjuarai Liga Europa.

Bagaimanapun, hadiah terbesar datangnya daripada gelaran Liga Perdana (EPL) dengan skuad Erik Ten Hag kini 11 mata di belakang pendahulu Arsenal dan beraksi kurang satu perlawanan

Jika mereka berjaya mengejar dan meraih gelaran liga pertama sejak 2013, setiap pemain mendapat habuan £250,000 (RM1.33 juta).

Menjuarai empat kejohanan bakal menyaksikan jumlah bonus keseluruhan pemain United mencecah £485,000 (RM2.59 juta).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Mac 2023 @ 9:54 AM