PERANCIS memilih untuk tidak menurunkan Benzema di Piala Dunia. -FOTO AFP
PERANCIS memilih untuk tidak menurunkan Benzema di Piala Dunia. -FOTO AFP
AFP

Paris: Pemenang Ballon D'Or, Karim Benzema mengumumkan dia akan menamatkan karier antarabangsannya sehari selepas Perancis tewas di final Piala Dunia kepada Argentina.

Benzema yang menjaringkan 37 gol dalam 97 penampilan untuk Perancis terpaksa menarik diri daripada skuad Piala Dunia sebelum perlawanan pertama mereka di Qatar kerana kecederaan paha kiri yang dialaminya semasa latihan.

Dalam pengumuman mengejutnya, penyerang Real Madrid berusia 35 tahun itu berkata di Twitter: "Saya melakukan usaha dan kesilapan yang saya buat untuk bawa saya ke sini hari ini dan saya berbangga dengannya! Saya menulis kisah saya dan kisah kita berakhir."

Benzema memenangi anugerah Ballon d'Or untuk pemain terbaik dunia pada Oktober terdesak untuk beraksi di Piala Dunia tahun ini selepas tidak dipilih ketika Perancis menjadi juara dunia di Russia empat tahun lalu.

Dia digantung daripada pasukan Perancis selama lima tahun setengah kerana penglibatannya dalam skandal ugutan atas pita seks yang membabitkan bekas rakan sepasukannya Mathieu Valbuena.

Untuk Piala Dunia Qatar, jurulatih Didier Deschamps memilih untuk tidak memanggil pengganti lain dalam skuad diketuai pemain berusia 23 tahun, Kylian Mbappe.

Penyerang Paris Saint-Germain, Mbappe menang Kasut Emas dengan lapan gol, termasuk hatrik pada penentuan penalti menentang Argentina selepas terikat 3-3 pada tambahan masa.

Benzema, yang meledak ketika penampilan pertamanya pada Mac 2007 berdepan Austria, tidak pernah merasai kegemilangan bersama Perancis kecuali Liga Negara-Negara 2021.

Dia beberapa kali tidak sehaluan dengan Deschamps kerana dikatakan dia berketurunan Algeria dan pada satu ketika dia berkata jurulatih Perancis itu bersifat "perkauman" kerana tidak menyenaraikan namanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Disember 2022 @ 7:51 AM