BENZEMA terpaksa lupakan Piala Dunia Qatar. FOTO AFP
BENZEMA terpaksa lupakan Piala Dunia Qatar. FOTO AFP
Reuters

Doha: Jurulatih Perancis Didier Deschamps memutuskan untuk tidak menggantikan penyerang yang cedera, Karim Benzema menyaksikan juara bertahan itu kekal dengan 25 pemain untuk mempertahankan kejuaraan mereka di Piala Dunia Qatar.

Benzema berlatih bersama skuad itu buat kali pertama sejak tiba di Qatar pada Sabtu tetapi terpaksa meninggalkan sesi awal kerana kecederaan paha dan imbasan yang dilakukan menyaksikan dia tidak dapat meneruskan perjuangan.

Ditanya oleh TeleFoot sama ada dia akan menggantikan pemenang Ballon d'Or dalam skuadnya, Deschamps berkata 'Tidak.'

"Ini adalah kumpulan yang berkualiti. Dalam semua yang mereka lakukan, di dalam dan di luar padang, mereka bersatu. Saya mempunyai keyakinan terhadap mereka," kata Deschamps.

Benzema adalah pemain Perancis kedua yang menyertai senarai kecederaan dalam tempoh kurang seminggu selepas penyerang Christopher Nkunku cedera dalam sesi latihan dan digantikan dalam skuad oleh Randal Kolo Muani.

Pemain tengah berpengaruh Paul Pogba dan N'Golo Kante diketepikan daripada kejohanan kerana kecederaan sebelum Deschamps menamakan skuadnya.

Perancis membuka kempen mereka menentang Australia Rabu ini dan juga akan berdepan Tunisia dan Denmark dalam Kumpulan D.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 November 2022 @ 1:46 AM