BENZEMA masih berbisa walaupun sudah berusia 34 tahun.
BENZEMA masih berbisa walaupun sudah berusia 34 tahun.
Agensi

Paris: Karim Benzema dipilih pemenang Ballon d'Or 2022, menurut laporan yang bocor di Sepanyol hari ini.

Pemain Perancis berusia 34 tahun itu berada di kemuncak prestasi dalam kariernya musim lalu apabila membawa Real Madrid menjuarai LaLiga dan Liga Juara-Juara.

Benzema muncul penjaring terbanyak kedua-dua kejohanan dengan meledak 27 gol di Sepanyol dan 15 jaringan di Eropah.

Pencapaian hebatnya itu menjadikan dia hanya pemenang kedua Ballon d'Or selain Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi sejak Kaka memenanginya sejak 2007.

Akhbar Sepanyol, Marca mendakwa Benzema mengatasi saingan Sadio Mane, Robert Lewandowski dan Kylian Mbappe untuk memenangi anugerah berprestij itu.

Tahun lalu ia dimenangi Messi selepas Argentina menjuarai Copa America.

Benzema juga muncul pemain kelapan Real Madrid dalam sejarah yang memenangi anugerah terbabit.

Dia mengikut jejak Cristiano, Fabio Cannavaro, Ronaldo, Luis Figo, Alfredi Di Stefano, Raymond Kopa dan rakan sepasukan sekarang Luka Modric.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Oktober 2022 @ 9:03 PM