Luis Enrique. FOTO Reuters
Luis Enrique. FOTO Reuters
AFP

Doha: Sepanyol memecat jurulatihnya, Luis Enrique selepas juara 2010 itu disingkirkan Maghribi pada peringkat 16 terbaik di Piala Dunia, awal minggu ini.

"Kedua-duanya Presiden, Luis Rubiales, dan Pengarah Sukan, Jose Francisco Molina, sudah memberitahu jurulatih itu mengenai keputusan mereka," kata FA Sepanyol dalam satu kenyataan.

Persekutuan itu berkata mereka berterima kasih kepada Luis Enrique dan kakitangannya diatas semua kerja yang dilakukan mereka, namun mengambil keputusan untuk memulakan projek baharu.

"Pengarah Sukan RFEF sudah memberi laporan kepada presiden, di mana ia sudah ditentukan bahawa projek baharu perlu dimulakan buat pasukan kebangsaan, dengan objektif meneruskan perkembangan yang dicapai dalam beberapa tahun kebelakangan ini terima kasih kepada Luis Enrique dan rakan sepasukannya," tambah RFEF.

Sepanyol membelasah Costa Rica 7-0 pada aksi pembukaan mereka di Qatar tetapi mengalami kekalahan mengejut ke atas Jepun yang menyebabkan mereka menduduki tempat kedua Kumpulan E.

Sepanyol pasukan pilihan untuk menewaskan Maghribi dalam peringkat kalah mati tetapi tewas 3-0 menerusi penentuan penalti selepas seri 0-0 apabila perlawanan berlanjutan sehingga masa tambahan.

"Kami menguasai perlawanan tetapi gagal menterjemahkan jaringan.

"Kami mungkin lebih berkesan pada pada babak kedua tetapi saya berpuas hati dengan apa yang pemain lakukan.

"Mereka mewakili dengan sempurna mengenai idea saya dalam bola sepak," kata Enrique selepas perlawanan itu.

Kali terakhir Sepanyol menjulang trofi utama sedekad lalu di Euro 2012, ketika mereka tidak pernah menang mana-mana perlawanan kalah mati di Piala Dunia sejak kejayaan di Afrika Selatan pada 2010.

Luis Enrique mengambil alih tugas pengendali pada 2018 selepas aksi mengecewakan skuad Sepanyol di Piala Dunia Rusia dan memimpin skuad La Roja ke separuh akhir Euro 2020, di mana mereka juga tewas menerusi penentuan penalti kepada Itali.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Disember 2022 @ 8:39 PM