ENRIQUE (kiri) terpaksa memanggil lima pemain tambahan jika ada lagi tonggak utamanya dijangkiti Covid-19. FOTO EPA
ENRIQUE (kiri) terpaksa memanggil lima pemain tambahan jika ada lagi tonggak utamanya dijangkiti Covid-19. FOTO EPA
AFP

Madrid: Jurulatih Sepanyol, Luis Enrique memanggil lima lagi pemain untuk berada dalam senarai menunggu agar mereka boleh bersiap sedia jika terdapat lagi kes Covid-19 seperti mana yang berlaku ke atas ketua pasukan, Sergio Busquets.

Busquets terpaksa meninggalkan pasukan ketika kem latihan Euro 2020, sementara pemain lain diuji negatif sebaik tamat aksi persahabatan menentang Portugal di Madrid hujung minggu lalu.

"Sekarang setiap pemain melakukan ujian harian. Kesemua dalam skuad dan pemain kembali dengan keputusan negatif," kata Persekutuan Bolasepak Sepanyol (RFEF).

Enrique menyenaraikan penyerang Leeds, Rodrigo Moreno, pemain tengah West Ham, Pablo Fornals, Carlos Soler dari Valencia dan Brais Mendez (Celta Vigo).

Pemain utiliti Villarreal, Raul Albiol turut berada dalam senarai menunggu.

Mereka akan berlatih berasingan pada waktu yang berbeza dengan pemain lain.

Sepanyol meneruskan aksi pemanas badan Euro dengan berdepan Lithuania awal pagi esok.

Aksi sulung mereka di Euro 2020 adalah berdepan Sweden pada 15 Jun dan Enrique mempunyai tempoh sehingga Ahad ini untuk menukar pemain menjelang perlawanan pembukaan di Seville.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Jun 2021 @ 8:39 AM