PEMAIN skuad Korea Selatan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad menjelang Piala Dunia Qatar 2022. FOTO AFP
PEMAIN skuad Korea Selatan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad menjelang Piala Dunia Qatar 2022. FOTO AFP
AFP

Doha: Seminggu sebelum sepak mula, trofi Piala Dunia kembali ke Qatar, hari ini pada ketika pasukan dan penyokong turut hadir ke Doha, menjelang kejohanan bola sepak paling kontroversi dalam sejarah.

Trofi itu yang akan dihadiahkan pada 18 Disember, kembali semula selepas menjelajah dunia di 51 negara sebelum perlawanan pembukaan Ahad depan antara tuan rumah, Qatar dan Ecuador.

Rayuan Persekutuan Bolasepak Dunia (Fifa) supaya 'fokus kepada bola sepak' sukar didengari di sebalik pelbagai isu sosial lain yang menjadi perhatian antarabangsa seperti layanan kepada pekerja asing, wanita serta komuniti hubungan songsang.

Qatar dengan nada marah menolak semua serangan itu dan media tempatan membidas sikap sombong sebahagian negara barat.

"Ia seperti semua yang kami baca dalam beberapa minggu kebelakangan," kata Ringo Gonzalez, rakyat Ecuador yang berpangkalan di Jerman dan turut berkumpul bersama penyokong lain di jam penghitung detik Piala Dunia di kawasan pantai di Doha.

"Memang bagus apabila dapat melihat pasukan akhirnya melakukan sesuatu. Saya mahu menyaksikan Ecuador bermain sebaik mungkin dan melihat Lionel Messi serta nama besar lain beraksi."

Pasukan Amerika Syarikat (AS) sudah tiba di Doha bersama pasukan Australia, semalam.

Tetapi, ramai pemain bintang termasuk Messi dan Kylian Mbappe bermain bersama Paris Saint-Germain untuk aksi terakhir kelab Eropah sebelum datang ke Piala Dunia.

Qatar menjangkakan lebih sejuta penyolong akan hadir ke negara penganjur Piala Dunia paling kecil itu dan ramai sudah tiba.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 November 2022 @ 2:09 PM