NEUER (kiri) bersama ketua jurulatih Jerman, Hansi Flick tiba di Doha, hari ini. FOTO AP
NEUER (kiri) bersama ketua jurulatih Jerman, Hansi Flick tiba di Doha, hari ini. FOTO AP
AFP

Doha: Juara dunia empat kali, Jerman tiba di Piala Dunia di Qatar, hari ini, selepas pemain bintang Lionel Messi hadir memburu gelaran terhebat dalam bola sepak itu.

Selepas menang 1-0 ke atas Oman pada aksi persahabatan tempo rendah, malam tadi, Jerman yang diketuai penjaga gol, Manuel Meuer terus terbang ke Doha.

Jerman berhasrat memadam mimpi ngeri edisi 2018 di Rusia apabila tersingkir di peringkat kumpulan selepas muncul juara empat tahun sebelum itu.

Pegawai pasukan, Oliver Bierhoff menjelaskan sebab mereka memilih untuk tinggal jauh di hotel di Al-Ruwais, kira-kira sejam setengah perjalanan dari ibu negara.

"Kami mahu membina semangat sepasukan yang akan membawa kemaraan kami di kejohanan ini - sejauh yang mungkin."

Messi tiba bersama skuad Argentina lebih awal dari Abu Dhabi apabila dia menjaringkan gol ketika menang 5-0 ke atas Emiriah Arab Bersatu (UAE) di depan 36,000 penonton, semalam.

Ia adalah jaringan ke-91 di pentas antarabangsa untuk juara dunia 1978 dan 1986 itu, yang kini tewas tewas selepas 36 perlawanan.

Qatar 2022 akan menjadi peluang terakhir buat Messi, 35, untuk mengekori jejak legenda Argentina, mendiang Diego Maradona yang membawa negaranya menjulang trofi Piala Dunia.

Mereka akan memulakan kempen Kumpulan C menentang Arab Saudi, Selasa depan diikuti aksi dengan Mexico dan Poland.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 November 2022 @ 10:27 PM