MESSI menerima jubah tradisional dari Sheikh Tamim Hamad Al-Thani. FOTO Reuters
MESSI menerima jubah tradisional dari Sheikh Tamim Hamad Al-Thani. FOTO Reuters
AFP

Doha: Pemerintah Qatar berkata bahawa negara Teluk itu sudah menunaikan janji untuk menganjurkan Piala Dunia yang 'luar biasa'.

Sheikh Tamim Hamad Al-Thani memberikan kapten Argentina Lionel Messi jubah tradisional Arab selepas pasukannya memenangi trofi kejuaraan memberi penghormatan kepada finalis dan peminat dalam satu kenyataan Twitter selepas perlawanan.

"Kami sudah memenuhi janji kami untuk menganjurkan kejohanan luar biasa oleh negara-negara Arab yang memberi peluang kepada rakyat dunia luar belajar tentang kekayaan budaya kami dan keaslian nilai kami," kata Emir.

Qatar membelanjakan lebih daripada A$200 bilion (RM884 bilion) untuk stadium dan infrastruktur baharu menjelang Piala Dunia pertama di negara Arab yang dikatakan oleh pemimpin FifaGianni Infantino sebagai "yang terbaik yang pernah dianjurkan."

Namun negara Teluk itu berdepan kritikan teruk terhadap rekod hak asasi manusia serta layanannya terhadap buruh asing.

Pemimpin Qatar berkata, kecaman itu satu cubaan untuk mencetus keraguan mengenai hak dunia Arab menganjurkan kejohanan sebesar itu.

Messi jelas dilihat menyarung jubah tradisional 'bisht' yang dihadiahkan Emir kepada ikon Argentina itu sebelum menjulang trofi Piala Dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Disember 2022 @ 11:15 AM