ODEGAARD (kanan) meraikan gol kedua yang dijaringkannya ketika berdepan Wolves. FOTO AFP
ODEGAARD (kanan) meraikan gol kedua yang dijaringkannya ketika berdepan Wolves. FOTO AFP
AFP

Wolverhampton: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berharap rehat selama enam minggu tidak mengganggu rentak pasukannya selepas mendahului liga dengan kelebihan lima mata.

Martin Odegaard menjaringkan dua gol ketika Arsenal menumpaskan Wolves beberapa jam selepas Manchester City tewas mengejut 1-2 di laman sendiri kepada Brentford.

Arsenal masih belum menang juara liga sejak 2003/04 dan gagal menamatkan saingan di kedudukan empat teratas sejak enam musim lalu.

Kembali ke Liga Juara-Juara musim depan nampaknya mampu menjadi kenyataan buat anak buah Arteta selepas 14 mata meninggalkan pasukan di tangga kelima, Manchester United.

Kekalahan pertama City yang tidak dijangka di tempat sendiri sejak Februari kepada Brentford mencetuskan perebutan gelaran yang menarik apabila saingan kembali bersambung selepas Piala Dunia berakhir.

"Kami menunjukkan satu lagi kematangan hari ini. Dalam tempoh 20-30 minit pertama kami bergelut untuk memecahkan mereka.

"Kami lebih baik pada separuh masa kedua dan kami mempunyai sedikit keberanian dan mengambil risiko tetapi juga tidak membenarkan mereka menguasai saingan.

Lapan pemain Arsenal yang beraksi dalam kesebelasan utama sekarang ini akan bergerak ke Qatar.

Sementara itu, Arteta mengesahkan tindakan mengeluarkan Granit Xhaka lebih awal disebabkan pemain tengah Switzerland itu mengalami kesakitan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 November 2022 @ 8:49 AM